Tuesday, August 2, 2011

USUL DEBAT ALAM SEKITAR 2011

pusingan 1: BENCANA ALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
pusingan 2: PERJUANGAN AKTIVIS ALAM SEKITAR TIDAK SIA-SIA
pusingan 3: LOGI JANA KUASA NUKLEAR DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN
pusingan 4: TEKNOKRAT ALAM SEKITAR IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU
pusingan 5: TEKNOLOGI HIJAU TONGGAK PEMBANGUNAN LESTARI
pusingan 6: MINGGU TANPA PLASTIK BUKAN JAWAPAN KEPADA ISU PENCEMARAN ALAM
suku akhir: KEMISKINAN PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
separuh akhir: KUASA BESAR TIDAK SERIUS MENANGANI PEMANASAN GLOBAL
akhir: KELESTARIAN ALAM SEKITAR MEMBINA KETAMADUNAN BANGSA

Tuesday, July 12, 2011

Dasar Ekonomi Baru

Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 


Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:


Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )

Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain                                                                                    44.8                                                                                                813.00







Pemilikan Jumlah Pemilikan %
( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.
Jumlah : 6564.1 100.0
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut: 
Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2
Objektif
Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi  itu ,    kerajaan  telah   mengusahakan   supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat  utama dasar ini diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.
Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.                      Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii.                     ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
i.                      Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
ii.                     Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii.                    Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv.                    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v.                     Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi.                    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii.                   Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
viii.                  Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.


Penutup


Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukaan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
SUMBER :PMR

Monday, July 4, 2011

Mari Kita Berdebat...

Malam nih mulanya latihan debat... usulnye... Homoseksual : Satu Pilihan.... hari ini usul sangat melaharkan seisi dewan... pening2... apelah yg diowang debatkan nih... tapi masih terus di perdebatkan walaupun den dah pening dengar diorang ini berdebat... hahaha... nampaknya hanya acap yang seyezz dalam perdebatan malam ni... huhuhu... meroyan jap dengar diorang nih berdebat.... tibe-tibe adew pulak sore hari jadi dr bilik sebelah... semakin lama semakin lahar sayta rasakan perdebatan nih... kerajaan pening... pembangkang lagilah pening.... dua-dua pening... hahaaha.... diorang tak paham rupanya isu di sebalik usul ini... cek nih bukan lah pandai sgt... tp nih perkara paling penting faham usul dan temu matlamat... inilah yang kitorang di terapkan dalam minda sejak dulu lagi matlamat perdebatan itu penting... lagipun inilah latihan.... hahaaha... lahar itu adat perdebatan... walau apapun... tahniah kepada mereka yang berdebat pada malam ini... walaupun nampak macam kacau bilau... tapi usaha mereka nak fahamkan kes nih patut di beri pujian... usul ini agak susah kerana terlalu ringkas... as a moderator... saya juga terpaksa bertanya kepada Khalid untuk memahami kes ini... walaupun agak susah tapi inilah cabaran... sakali lagi... tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.... semoga kita terus dapat berlatih seperti ini... Chaiyok!!!

Sunday, July 3, 2011

Hari Yang Melahar...

Tadaaaa!!!!! akhirnya adew jugak post kat blog nih setelah lumpuh di gigit ikan sekejap... weng..weng...weng... hari nih meeting kelab tuk piala alumni... HAHAHAHA... NANTIKANYA!!!! hahaha... tapi adat lah... bila adew meeting macam manapun lahar lebih banyak daripada mesyuarat sebenar... urm mesyuarat malam nih cuma merewang tentang isu-isu aktiviti tuk piala alumni nih.... dengan tema... tettttt RAHSIA.... hahaahaha.... terima kasih kepada pendebat yang lahar sekalian... trutama bpak hayam kelab... ABG FAHMI.... hahaha.... Nisa.. Nizam...Faiz..Afiq...Iza..Acap..Nina...Hana...Eton... dan of coz lah me... AMA!!! hahaha... okey lah... otak tiba2 mengecut dan tidak mampu untuk menjana ideaz lagi... hahahaha... okey... update ag next time!!!!

Friday, May 20, 2011

Menghitung Hari

Tak tertulis den dalam ruangan nih.... anyways... tak lame lagi akan di adakan Piala Sultan Zainal Abidin... Dengan harapan dapat menghantar team untuk mewakili Jengka yang tercinta semoga kita daoat merealisasikan hasrat untuk kembali menaikkan nama debat Uitm Jengka yang sejak kebelakangan nih semakin tertimbus dek tanah runtuh dekat sri gading... hahaha.... Tiba-tiba melahar... sempoge kite semua dapat buat yang terbaik untuk pidza yang akan datang dan cuba untuk meraih sebijik pingat untuk menjadi kebanggaan dan untuk kita sama-sama hadiahkan kepada jengka yang tercinteeeee..... (cintalah sangat)... walalupun apa yang berlaku kepada semua pendebat jangan berputus asa dan teruskan usaha... walau apa yang berlaku di dalam kelab kita teruskan perjuangan kerana perjuangan kita masih belum selesai... Selamat menjadi pendebat yang mula melangkah ke dunia pedebatan yang lebih mencabar dan lebih besar rintanganya.... Salam Perdebatan buat semua ^_^

Tuesday, March 29, 2011

MOCK DEBAT 2011

Semua dijemput ke MOCK DEBAT yang aakn berlansung pada
        Tarikh   : 31 March 2011
        Tempat : Audi 1
        Usul : Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan (BM)
Debate juga akan membuat persembahan... dijemput beramai-ramai!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Debat Oh Debat

Hari ni latihan abes awal.... so kitowang dengan muke kurang malunyer menyibuk dekat debate.... best kowt dyorang debate... displin gler... huhuhu.... tajuknyew... This House Believe That Whales Makes Great Sushi... memang best... hohoho.... hopefully minggu depan kitorang boleh start berlatih dengan jayanya... hahahaha.... junior tuk piala kompleks siswi yang akan fight tuk semi final pown adew datang dan kitewowg pown tranin skit2 carew nak bukak konsep.... abg nizam paling bersemangat tuk membantu budak2 nih sebagai mentii dye... hahaahahaha.... ok see u next post!!!

Wednesday, March 16, 2011

Piala Kolej Siswa

walaupun sudah beberapa minggu berlalu namun masih terbayang lagi rasanya piala kolej siswa yang berlalu beberapa minggu yang lalu.... nak upload gambo x dew... nanati cuba usha kat penonton... maklumlah jadi tuan yang di pertua takkan nak melahar tibe2 ambik gambo plak.... tak pasala-pasal kene maroh nanti... anyways.... tahniah kepada team abang Nizam yang berjaya menjuarai pertandingan Debat Piala Kolej Siswa.... maaflah sebab dah lama tak update sebab kebizian yang menjengah diri... tamboh pulok masok hospital... hehehe.... Walaupun tak menang tahniah juga kepada Effi selaku pengarah program yang berjaye juga buat program.... skarang sedang pulak berlangsung debat piala Kompleks... selamat berjaya kepada pendebat yang bertanding.... walaupun diikutkan student kelab debat tak di galakkan masuk namun adew juga beberapa ekor yang terlepas masuk... hahaha.... Semoga kita mengembalikan kegemilangan debat.... suara kita adalah suara masa depan... wah ayat tak boleh bla... hhihi.... Jumpa lagi dalam post yang datang.....

Wednesday, February 9, 2011

LATIHAN OLEH DIVA AMIR N DIVA EFFI

Walaupun hanya 3 orang junior yang hadir namun itu tidak mematahkan semanga diva dua orang ini untuk terus memuntahkan ilmu yang mereka kutip dari sini sehinggalah ilmu yang kami dapat di shah alam.... mereka nampakanya cukup bersemangat mndidik junior-junior ini untuk menjadi 'flexible'... bukan flexible apew... mereka ingin agar junior yang baru ini akan terus menjadi pendebat yang serba boleh... tidak kira beraada di position yang mana.... semuanya kerana kami percaya semua pendebat boleh menduduki mana-mana position walaupun asalanya dia sering berada di position tertentu... keyakinan itu membuatkan dua diva ini merasakan mendidik junior untuk menjadi pendebat yang serba boleh sesuatu yang cukup berkesan dalam kembali menyemarakkan matlamat kami untuk meraih piala debat pada tournament akan datang... kami perlu untuk membuktikan kejayaan kami dengan mengembalikan zaman era kegemilangan debat Uitm Pahang satu masa dahulu.... tak sempat untuk merakamkan gambar diva-diva ini.... tapi usaha mereka sangat dihargai...
Kamsamieda!!!!! 

Tuesday, February 8, 2011

Latihan pertama Selepas Cuti Mid Term

Walapun masih lagi berada dalam mood cuti namun semua pendebat nampaknya bersungguh-sungguh dalam mencerap dan menyangkak... hahaha.... latihan untuk junior yang mula berjalan ngan lancar walaupun kakak dan abang enio nih agak melahar jew lebih... tapi agak sedey biler junior yang adew tak semeriah waktu meeting ai tuh.... tak pew2... mungkin dyowang adew hal yang tak dapa di elakkan.... walaupon sesi memerah keringat junior tuk memikirkan binatang dan kepentingan adew 6 orang yang terpakse memerah otak tuk berdebat....
Katew dyowang nak tengok hasil kitowang bawak dari shah alam... so yang [p shah alam sumew kena debat... tp sebab 5 orang ajew so kenalah tambah sowang.... tapi agak melahar debatnye...
Usul : Pendidikan Seks Perlu Di Ajar Di sekolah Rendah.... akhirnya tajuk yang sedikit lucah mengundang perkara yang agak melucah... walaupun bukan niat nak sangkak kearah itu tapi sebabkan pembawaan yang smeakin lucah... akhirnya sangkakan pun pun dikatakan agak "lucah" oleh k.hawa dan k.fiqah... hahaha....
Tapi sekurang-kuranganya kitorang ada sedikit peningkatan bdalam pembawaan kes dan nampak 'sikeeet' cara nak matikan kes cuma bende tuh masih lagi dalam proses pembelajaran.... Tak sompat nak snap gambar tuk malam baru ni... hehehe... so bayangkanjelah sendiri... kuang3....

Wednesday, February 2, 2011

Majlis Anugerah Bakat Cilik

Salam.... Semalam berlangsungnya majlis anugerah bakat cilik.... untuk apew ktowg pown x taw... hehehe... mule2 penyampaian hadiah untuk sukaneka.... then barulah anugerah yang kononya berprestij... wah g2.... anugerah yang pelbagai dan unik.... naseb baik tak dew anugerah ratu dan raja sangkak.... hahaha..... hari ini last day kat sini terasa berat hati nak tinggalkan tempat ni coz semua dah macam famili kat sini.... rasa berat hati sangat nak balik sebab terasa banyak sangat ilmu yang boleh kitorang dapat kat sini.... senior yang best sangat.... kawan2 dungun yang happening sangat.... budak2 penang... semua tuh memang kenangan paling indah dalam hidup kitorang..... tak mungkin pengalam ni kitorang lupakan....
Terima kasih sangat kat senior yang banyak tolong kitorang kat sini.... Kak Zam,Kak Nurus, Kak Leeya, Kak Alya, Kak Ana, Abg Zarul, Abg Afzal, Abg Sadiq, Abg Mizi, Abg Amir, Sir Sam, dan Senior lain... mungkin da namew x den sobot kat sini... hahaha.....
Okay... Nak nyambung cari database.... huhu.... Jumpa ag.... Salam Satu Malaysia!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Sidang Dewan Yang Semakin Kronik

Hari yang keberape entah berlalu dengan macam-macam konangan yang den x kan lupekan... sesi sangkak menyangkak dalam perdebatan antara senior bez gler.... walaupun ada sedikit kelaharan-kelaharan yang tak berapa kronik tapi kekronikkan tajuk membawa kepada kekronikkan sidang dewan sekalian.... sementelah itu.... mereka terus menjalankan sesi perdebatan dengan penuh kebersemangat.... chaiyo! adewlah beberapa bijik gambar yang sempat di snapkan untuk tatapan ahli sekalian... hahaha.... dengan usul.... Rasuah Di Malaysia Sudah Kronik.... 
Perlawanan yang Sengit antara
Kerajaan                       Pembangkang
Noona Mas                   Oppa Afzal
Noona Zam                   Oppa Sak
Oppa Mizi                     Oppa Amir

Jom Kitew tengok gambo2 senior kitew.....









    

Noona Mas Sempoooooi !!!








                                  

Mengekspresikan emosi..








                   

Oppa Afzal membangkang kes dengan Seyez....








                

Menyangkak Dengan yakin...








     

Satu Malaysia!!!!








                 

Kak Zam... Ratu Sangkak yang terbezzzz!!!








                  

Oppa Sak terus membentang hujah...








                       

Dongar Yo!!!








                          

Oppa Mizi... Primadona ekspresi dan emosi....








                    

Yang portamo nyo.....








                 

Carilah ketenangan dalam diri sendiri lalala~~~~








                

Oppa Amir... Raja sangkak..









                  

Ni hah... den bawak bukti....

Setelah berpenat lelah membentang hujah... x dew keputusanpun... kuang3.... But kitorang dapat belajar tuk bina struktur dengan baik walaupun hujah yang di bawa berterabur sedikit... tapi penstrukturan tuh penting....
Lepas tengok perdebatan tuh.... kitorang ada sebijik sidang.... n agak kehancuran jugak... kah3.... tapi banyak dah yang kitorang blajar kat sini.... bez gler...
Okay jumpe g dlm update kan dtg.... tatata.... Salam....

Sesi Menyangkak Di Shah Alam....

Monday, January 31, 2011

Pendebat Jengka Semakin Meroyan...

Setelah 10 jam berlalu kami memerah otak yang tak seberapa nih tuk memikirkan haiwan yang dapat menjaga kepentingan KITA.... aduh... memerahlah otak yang agak mencair setelah tidur hanya 2 jam nih tuk memikirkan ape ke binatang yang boleh protect KITA... KITA yang diperkatakan tidak specific tetapi memikirkan apa yang ada pada haiwan tuh nak protect ape bende... tuh yang otak mencair.... hahaha... adalah beberapa gambar yang sempat di snapkan selepas memerah otak mencari haiwan yang perlu dipilih..... tadaaaa......                                                   

                                               Peace!!!!!

                                             Meroyan semakin Membelenggu!!!!
                                                Smile!!!!
                                               melaharkan diri


Sunday, January 30, 2011

Laharian-Laharian Jengka

                                      team B
                                        hot!!!!!
                                            team D

                                           Sidang Dewan Yang Terlahar skali.....
                                         konpiuzzzzzzz!!!!!!!
                                         apewlah dyowg kato ni??? den x paham...
                                             teka mana juri mana pendebat....
                                       apew yg amer wat tuh????? @_@
                                          team Terengganu yang cukup komited lorh...
                                        Pendebat Terbaik Piala SAAY... Kak Sab...
                                        Ogak-Ogak pew yang epi tuh ckp???
                                          Sume dah makin Hot!!!
                                            Hahaha.... Akhirnya Melaharjew lah....

Hari Ke-2 Di UiTM Shah Alam

Debat intergriti yang semakin mampir ke arena pendebatan pada hari ini.... 5 orang wakil jengka telah mengikuti  latihan intensif yang dianjurkan Shah Alam bez sangat... senior yang mulenye ktowang di sini tak bape kenal n yang kami sangka mereka garang ler n mmg kitorg pikir memang kitorang kan kena sangkak abes-abesan.... rupewnyew diorang happening gler.... memang bes gler dpt kenal dyowg.... walaupun bru dua ari kitorang bekampong kat sini tapi kitorang dah jadi satu famili yang besar walaupun baru pertama kali jumpew dengan pendebat dari terengganu... 
Bermula detik 8 malam semalam kitorang dihadapkan ke pertandingan Debat Piala SAAY(Syarifah Aminah Aini Yayadan).... semua usul yang di perdebatkan diambil dari usul debat intergriti.... hahaha....
berikut usul untuk debat Intergriti 2011...
A. Usul Pentadbiran

1. Bekerja di Rumah Jawapan kepada Integriti Penjawat Awam.
2. Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.
3. Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.
4. Audit Nadi Integriti Sektor Awam.
5. SPRM : Langkah Bijak.
6. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.
7. NKRA : Satu Pembaziran.
8. Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.
9. KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.
10. Gaji Minimum Bukan Jawapannya.

B. Usul Politik

1. Wikileaks Penggugat Integriti.
2. Masalah Rasuah : Iltizam Politik Didamba.
3. Rasuah di Malaysia Sudah Kronik.
4. Politik Malaysia Belum Matang.
5. Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.
6. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
7. Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori kepada Pesalah Rasuah.

C. Usul Ekonomi

1. IMF Ibarat Lintah.
2. AIG : Krisis Enron Kedua.
3. Negara Berpendapatan Tinggi : Jauh Panggang Dari Api.
4. ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.
5. Model Ekonomi Baru : Satu Angan-Angan.
6. Tadbir Urus Baik Penentu NKEA.
7. Pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.


D. Usul Sosiobudaya

1. Meritokrasi Pengukuh Perpaduan Negara.
2. 1 Malaysia : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
3. Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.
4. Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.
5. Rakyat Kita Tidak Serius tentang Soal Integriti.
6. OKU Masih Tersisih.
7. Integriti : Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.
8. Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.
9. Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.
10. Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.
11. Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.
12. Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan.
13. Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.
14. Judi dan Sukan : Nila dan Susu.
15. Swapendedahan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.
16. Benih Integriti Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh.