Tuesday, August 2, 2011

USUL DEBAT ALAM SEKITAR 2011

pusingan 1: BENCANA ALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
pusingan 2: PERJUANGAN AKTIVIS ALAM SEKITAR TIDAK SIA-SIA
pusingan 3: LOGI JANA KUASA NUKLEAR DI MALAYSIA: SATU KEPERLUAN
pusingan 4: TEKNOKRAT ALAM SEKITAR IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU
pusingan 5: TEKNOLOGI HIJAU TONGGAK PEMBANGUNAN LESTARI
pusingan 6: MINGGU TANPA PLASTIK BUKAN JAWAPAN KEPADA ISU PENCEMARAN ALAM
suku akhir: KEMISKINAN PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
separuh akhir: KUASA BESAR TIDAK SERIUS MENANGANI PEMANASAN GLOBAL
akhir: KELESTARIAN ALAM SEKITAR MEMBINA KETAMADUNAN BANGSA

Tuesday, July 12, 2011

Dasar Ekonomi Baru

Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 


Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:


Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )

Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain                                                                                    44.8                                                                                                813.00







Pemilikan Jumlah Pemilikan %
( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.
Jumlah : 6564.1 100.0
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut: 
Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2
Objektif
Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi  itu ,    kerajaan  telah   mengusahakan   supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat  utama dasar ini diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.
Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.                      Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii.                     ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
i.                      Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
ii.                     Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii.                    Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv.                    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v.                     Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi.                    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii.                   Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
viii.                  Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.


Penutup


Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukaan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
SUMBER :PMR

Monday, July 4, 2011

Mari Kita Berdebat...

Malam nih mulanya latihan debat... usulnye... Homoseksual : Satu Pilihan.... hari ini usul sangat melaharkan seisi dewan... pening2... apelah yg diowang debatkan nih... tapi masih terus di perdebatkan walaupun den dah pening dengar diorang ini berdebat... hahaha... nampaknya hanya acap yang seyezz dalam perdebatan malam ni... huhuhu... meroyan jap dengar diorang nih berdebat.... tibe-tibe adew pulak sore hari jadi dr bilik sebelah... semakin lama semakin lahar sayta rasakan perdebatan nih... kerajaan pening... pembangkang lagilah pening.... dua-dua pening... hahaaha.... diorang tak paham rupanya isu di sebalik usul ini... cek nih bukan lah pandai sgt... tp nih perkara paling penting faham usul dan temu matlamat... inilah yang kitorang di terapkan dalam minda sejak dulu lagi matlamat perdebatan itu penting... lagipun inilah latihan.... hahaaha... lahar itu adat perdebatan... walau apapun... tahniah kepada mereka yang berdebat pada malam ini... walaupun nampak macam kacau bilau... tapi usaha mereka nak fahamkan kes nih patut di beri pujian... usul ini agak susah kerana terlalu ringkas... as a moderator... saya juga terpaksa bertanya kepada Khalid untuk memahami kes ini... walaupun agak susah tapi inilah cabaran... sakali lagi... tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.... semoga kita terus dapat berlatih seperti ini... Chaiyok!!!

Sunday, July 3, 2011

Hari Yang Melahar...

Tadaaaa!!!!! akhirnya adew jugak post kat blog nih setelah lumpuh di gigit ikan sekejap... weng..weng...weng... hari nih meeting kelab tuk piala alumni... HAHAHAHA... NANTIKANYA!!!! hahaha... tapi adat lah... bila adew meeting macam manapun lahar lebih banyak daripada mesyuarat sebenar... urm mesyuarat malam nih cuma merewang tentang isu-isu aktiviti tuk piala alumni nih.... dengan tema... tettttt RAHSIA.... hahaahaha.... terima kasih kepada pendebat yang lahar sekalian... trutama bpak hayam kelab... ABG FAHMI.... hahaha.... Nisa.. Nizam...Faiz..Afiq...Iza..Acap..Nina...Hana...Eton... dan of coz lah me... AMA!!! hahaha... okey lah... otak tiba2 mengecut dan tidak mampu untuk menjana ideaz lagi... hahahaha... okey... update ag next time!!!!

Friday, May 20, 2011

Menghitung Hari

Tak tertulis den dalam ruangan nih.... anyways... tak lame lagi akan di adakan Piala Sultan Zainal Abidin... Dengan harapan dapat menghantar team untuk mewakili Jengka yang tercinta semoga kita daoat merealisasikan hasrat untuk kembali menaikkan nama debat Uitm Jengka yang sejak kebelakangan nih semakin tertimbus dek tanah runtuh dekat sri gading... hahaha.... Tiba-tiba melahar... sempoge kite semua dapat buat yang terbaik untuk pidza yang akan datang dan cuba untuk meraih sebijik pingat untuk menjadi kebanggaan dan untuk kita sama-sama hadiahkan kepada jengka yang tercinteeeee..... (cintalah sangat)... walalupun apa yang berlaku kepada semua pendebat jangan berputus asa dan teruskan usaha... walau apa yang berlaku di dalam kelab kita teruskan perjuangan kerana perjuangan kita masih belum selesai... Selamat menjadi pendebat yang mula melangkah ke dunia pedebatan yang lebih mencabar dan lebih besar rintanganya.... Salam Perdebatan buat semua ^_^

Tuesday, March 29, 2011

MOCK DEBAT 2011

Semua dijemput ke MOCK DEBAT yang aakn berlansung pada
        Tarikh   : 31 March 2011
        Tempat : Audi 1
        Usul : Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan (BM)
Debate juga akan membuat persembahan... dijemput beramai-ramai!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Debat Oh Debat

Hari ni latihan abes awal.... so kitowang dengan muke kurang malunyer menyibuk dekat debate.... best kowt dyorang debate... displin gler... huhuhu.... tajuknyew... This House Believe That Whales Makes Great Sushi... memang best... hohoho.... hopefully minggu depan kitorang boleh start berlatih dengan jayanya... hahahaha.... junior tuk piala kompleks siswi yang akan fight tuk semi final pown adew datang dan kitewowg pown tranin skit2 carew nak bukak konsep.... abg nizam paling bersemangat tuk membantu budak2 nih sebagai mentii dye... hahaahahaha.... ok see u next post!!!